H2O Tool yang dibangunkan oleh AWER akan membantu orang ramai dan perniagaan untuk mempraktikkan Gaya Hidup Cekap Air dengan senang. Untuk memastikan seseorang individu untuk mengikuti gaya hidup yang lestari, individu ini memerlukan bantuan dan kami menyediakan H2O Tool untuk membantu.
H2O Tool yang pertama adalah Tangkap si Hydro. Objektif-objektif Tangkap si Hydro adalah:
(i) Untuk membantu audit Penggunaan Air oleh pengguna domestik,
(ii) Untuk membantu mengenalpasti kadar penggunaan air domestik (Domestic Water Footprint),
(iii) Untuk membantu mengenalpasti Aktiviti-aktiviti yang Mempunyai Penggunaan Air yang Tinggi,
(iv) Untuk membantu dalam memastikan keputusan yang betul dibuat semasa mempraktikkan Gaya Hidup Cekap Air,
(v) Untuk mewujudkan pendekatan kecekapan air yang interaktif serta seronok dan senang,
(vi) Untuk membantu pengguna domestik secara spesifik untuk menangani aktiviti-aktiviti yang mempunyai penggunaan air yang tinggi melalui tip-tip yang khusus dan perbandingan keputusan untuk ‘Menangkap HYDRO mereka’.