Pertamanya, industri yang menggunakan tenaga elektrik yang banyak telah diberikan diskaun kini. Ini akan menggalakkan pembaziran kerana ia adalah labih murah untuk membazir daripada menjadi cekap tenaga. Sebenarnya, industri yang mengurangkan penggunaan tenaga dengan memaksimakan pengeluaran patut diberi ganjaran, kerana penggunaan tenaga per produk telah dikurangkan. Industri-industri yang melakukan kecekapan tenaga ‘sebenar’ melalui penyelesaian kejuruteraan juga mesti digalakkan.
Keduanya, pelabelan kecekapan tenaga untuk barangan elektrik dan elektronik masih kurang memuaskan. Sehingga kini, label ini hanya digunakan untuk beberapa peralatan domestik dan Motor Kecekapan Tinggi (High Efficiency Motors-HEM) bagi pengguna industri. Bagaimana dengan peralatan elektrik yang lain? Pelabelan dan penguatkuasaan adalah penting untuk memastikan pengguna memilih barangan yang betul supaya cekap dalam penggunaan elektrik.
Kecekapan tenaga adalah pelaburan yang paling murah dengan pulangan cepat!