Untuk mencapai Visi dan Misi kami, AWER akan mematuhi nilai-nilai utama berikut:
Semangat (Passion)
akan melakukan kerja dengan penuh semangat untuk melindungi alam sekitar dan generasi masa depan;
Berikhtiar (Resourceful)
untuk menjadi pemikir dan penyedia penyelesaian bagi semua isu yang berkaitan dengan air, tenaga dan alam sekitar;
Profesional (Professional)
mematuhi kelakuan beretika dalam melaporkan dan menyampaikan maklumat kepada semua pihak yang berkepentingan;
Lestari (Sustainable)
untuk memimpin melalui teladan dalam penggunaan sumber dengan cekap dalam operasi kami;
Peningkatan Berterusan (Continuous Improvement)
berusaha untuk meningkatkan prestasi kami pada setiap masa.