Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah menjalankan beberapa siri perundingan secara pasif, aktif dan interaktif mengenai Gaya Hidup Rendah Karbon dengan pelbagai pihak berkepentingan. Hasil kajian dikaji dengan teliti dan dipadankan dengan rancangan jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang. Model pelaksanaan ini dikodkan 3C50 adalah perancangan yang terperinci yang dibangunkan oleh AWER untuk membantu Malaysia dalam mencapai Gaya Hidup Rendah Karbon.
Untuk menjalani gaya hidup rendah karbon, semua lapisan masyarakat dan perniagaan memerlukan alat (tool) dan bantuan. AWER mengwujudkan CLICK kepada Gaya Hidup Rendah Karbon, satu platform atas talian (online) untuk rakyat Malaysia membuat langkah yang lestari dengan lebih mudah.
Kami berterima kasih kepada Kedutaan Besar British, Kuala Lumpur (British High Commission, Kuala Lumpur) dan Kerajaan UK dalam menyokong pelaksanaan bahagian pertama 3C50 kami ini. Layari www.click.org.my untuk maklumat lanjut.