Pada awal tahun 2005, satu kumpulan profesional telah menubuhkan satu kumpulan 'think-tank' penyelidikan untuk air, tenaga dan alam sekitar. Kumpulan ini berkembang secara berperingkat dalam isu-isu berkaitan dengan air, tenaga dan alam sekitar. Apabila bilangan ahli dalam kumpulan ini meningkat, ahli-ahli berpendapat supaya kumpulan ini didaftar sebagai satu badan berdaftar di bawah Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah ditubuhkan pada 6 September 2010 dan pendaftaran AWER telah diluluskan secara rasmi oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan pada 5 Januari 2011.