air
 
Pengumuman



     
  Pautan Click kepada Gaya Hidup Rendah Karbon Blog Presiden  
     

Penggunaan air dibahagikan kepada sektor domestik, industri (termasuk komersil) dan pertanian yang menggunakan 17%, 21% dan 62% air masing-masing. Di samping itu, terdapat sesetengah industri dan hampir semua aktiviti pertanian menggunakan sumber air terus dari alam sekitar dan bukannya air terawat. Mengikut "Malaysia Water Industry Guide 2011", sektor domestik menggunakan 2.07 bilion meter padu air terawat (1 meter padu bersamaan dengan 1000 liter) pada tahun 2010. Maka, AWER menganggarkan penggunaan air sektor industri adalah sebanyak 2.56 bilion meter padu air dan sektor pertanian menggunakan sebanyak 7.56 bilion meter padu air.

Dengan peningkatan permintaan air terawat yang mendadak, air sisa kumbahan yang telah dirawat boleh digunakan untuk tujuan bukan makan minum (non-potable)  seperti untuk penyejukan mesin, proses-proses yang tidak melibatkan penyediaan makanan, menyiram taman dan tumbuh-tumbuhan di bawah kawalan kerajaan tempatan dan sebagainya. Paip-paip yang dedikasi boleh disambung ke kawasan yang mempunyai permintaan air yang tinggi dan khas.

Pendek kata, kita perlu lebih inovatif dalam menguruskan peningkatan permintaan air bagi semua sektor di samping mencapai Jaminan Air (Water Security).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 
Disclaimer:
This portal and the Materials are provided "as is " and "as available", without warranty of any kind, implied, express or statutory. The association of Water and Energy Research Malaysia (AWER) shall not be liable for any loss of damage caused by the usage of any information or Materials obtained from this portal. Organisations of Agencies referred to in this web site shall not be construed as agents nor as institution recommended by Association of Water and Energy Research Malaysia (AWER).
Terma dan Syarat | Notis Hak Cipta | Hubungi Kami | Peta Laman Hakcipta © 2011-2020 AWER. Semua Hakcipta Terpelihara