Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negara
 
Pengumuman



     
  Pautan Click kepada Gaya Hidup Rendah Karbon Blog Presiden  
     

Komponen-komponen penting dalam Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negara (PSIPAN):

Model Ringan-Aset (Asset Light Model)

Penstrukturan semula industri perkhidmatan air adalah bertujuan supaya operator air memberikan keutamaan kepada kualiti air dan kualiti perkhidmatan. Beban modal, hutang (liabiliti), dan projek-projek pembangunan infrastruktur baru tidak akan ditanggung oleh operator. Tugas operator air adalah untuk mengoperasi, menyelenggara dan melaksanakan tugas utama mereka kepada rakyat dengan efisen, iaitu membekalkan air yang selamat dan bekalan air yang berterusan.

Menghalang Segala Jenis Perjanjian Konsesi Pada Masa Hadapan

Perjanjian konsesi telah mewujudkan pelbagai isu dalam industri perkhidmatan air negara. WSIA (Akta Industri Perkhidmatan Air 2006) tidak menggalakkan apa-apa jenis perjanjian konsesi. Melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), lesen operasi akan diberikan dengan Penunjuk Prestasi Utama (Key Performance Index – KPI). Lesen-lesen ini hanya akan diperbaharui setiap 3 tahun dengan syarat operator air mematuhi KPI yang ditetapkan oleh SPAN.

Penguatkuasaan oleh SPAN

SPAN akan mengawal selia operator air yang dilesenkan dari segi perkhidmatan, teknikal dan keuntungan. Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) iaitu syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia juga adalah syarikat yang dilesenkan oleh SPAN untuk pengurusan aset air. PAAB juga dikawal selia oleh SPAN dari segi perkhidmatan, teknikal dan keuntungan untuk melindungi kepentingan rakyat.

Pemulihan Kos Sepenuhnya (Full Cost Recovery)

Sehingga kini, tanggungan liabiliti industri perkhidmatan air semakin meningkat. Ini menyebabkan banyak pembangunan infrastruktur dan teknologi air bagi menampung keperluan generasi akan datang terjejas. ‘Tanggungan Hutang’ ini jika tidak dibayar secara ansuran, kita sebenarnya akan membebankan anak-anak dan cucu-cicit kita. Gabungan ‘Asset Light Model’ dan ‘Full Cost Recovery’ bersama-sama akan menjamin kesejahteraan rakyat dan memastikan Jaminan Bekalan Air yang merupakan salah satu komponen penting dalam keselamatan negara.

Tarif Air yang Berpatutan & Telus

SPAN dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) akan memastikan tarif air tidak membebankan rakyat. Kewujudan PAAB membantu meringankan beban hutang sambil meningkatkan taraf perkhidmatan industri air negara melalui pembangunan infrastruktur industri perkhidmatan air yang berterusan. Melalui WSIA pula, industri perkhidmatan air negara akan menjadi sebuah sektor ekonomi yang stabil dan tidak berorientasikan ‘keuntungan tinggi’ seperti sektor swasta. Pada masa akan datang, semua lapisan masyarakat juga boleh mengambil bahagian dalam proses penetapan tarif. Proses ini dipraktikkan melalui Model OFWAT dari United Kingdom yang menjadi asas penubuhan SPAN dan WSIA. Satu proses peralihan akan ditetapkan bagi membantu semua lapisan masyarakat untuk mengambil bahagian dalam pelarasan tarif secara berperingkat.

Sabah dan Sarawak perlu juga mengikuti PSIPAN dengan secepat mungkin untuk memastikan jaminan air dicapai.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 
Disclaimer:
This portal and the Materials are provided "as is " and "as available", without warranty of any kind, implied, express or statutory. The association of Water and Energy Research Malaysia (AWER) shall not be liable for any loss of damage caused by the usage of any information or Materials obtained from this portal. Organisations of Agencies referred to in this web site shall not be construed as agents nor as institution recommended by Association of Water and Energy Research Malaysia (AWER).
Terma dan Syarat | Notis Hak Cipta | Hubungi Kami | Peta Laman Hakcipta © 2011-2020 AWER. Semua Hakcipta Terpelihara